Kesatuan kakitangan am UPM sokong Naib Canselor baharu
Universiti Putra Malaysia, 2013
Online
academicJournal
Zugriff:
SERDANG, 15 April (UPM) – Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA) menyokong penuh Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan sebagai Naib Canselor UPM yang baharu dan berikrar untuk memainkan peranannya sebagai tunjang ke-3 demi mempertahankan universiti penyelidikan ini. Ini ditegaskan oleh Hj. Mohd Zailani Abdul Razak, presiden kesatuan sekerja kakitangan am dengan 2,300 ahli, ketika diminta mengulas dua pertemuan di antara kesatuan dengan Naib Canselor yang baharu. Prof. Dr. Mohd Fauzi telah mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin kesatuan pada 20 Mac 2013 ketika beliau menyerahkan cek insurans kepada waris dua kakitangan UPM yang telah meninggal dunia. Beliau ditemani oleh penasihat eksekutif KEPERTAMA, Datuk Omar Osman.
Titel: |
Kesatuan kakitangan am UPM sokong Naib Canselor baharu
|
---|---|
Autor/in / Beteiligte Person: | Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat |
Link: | |
Veröffentlichung: | Universiti Putra Malaysia, 2013 |
Medientyp: | academicJournal |
Sonstiges: |
|