Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu dari sudut pragmatik
In: Mat Hassan, Ahmad Fuad (2010) Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu dari sudut pragmatik. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.; (2010)
Online
Hochschulschrift
Zugriff:
Pemikiran ialah proses kognisi atau akal yang bersifat sejagat, yakni dimiliki oleh semua manusia tanpa mengira bangsa, agama, ataupun warna kulit. Pemikiran Melayu disampaikan secara tersurat dan tersirat dalam peribahasa Melayu. Pemikiran dalam peribahasa Melayu ini menggambarkan minda bangsa Melayu yang cukup peka terhadap keindahan alam flora dan faunanya, budi pekerti masyarakatnya sebagai satu gambaran sistem nilai sosial, nilai moral, dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat, berjiran, serta kepentingan konsep keadilan sebagai asas keamanan masyarakat dan negeri. Sehubungan itu, dalam kajian ini pengkaji menyenaraikan empat objektif kajian, iaitu untuk menjelaskan hubungan bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu menggunakan hipotesis Sapir-Whorf, menginterpretasi penggunaan bahasa dalam peribahasa Melayu menggunakan teori Relevans, menghuraikan peribahasa Melayu yang mengandungi unsur persamaan dan perbezaan dari segi penggunaan perkataan dan maknanya dan merumuskan kekuatan peribahasa dalam mengungkapkan aspek sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik sebagai warisan peradaban bangsa Melayu. Data kajian dikumpul daripada teks “Kitab Kiliran Budi (1964), Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (2004), 1001 Peribahasa Melayu (2000), dan Peribahasa SPM (2008)”. Data peribahasa ini dianalisis menggunakan hipotesis Sapir-Whorf (1921) dan teori Relevans (1995). Hasil kajian mendapati peribahasa Melayu turut memaparkan pemikiran Melayu berdasarkan lima kategori falsafah, iaitu pemikiran tentang metafizik, pemikiran tentang epistimologi, pemikiran tentang etika, pemikiran tentang logik, dan pemikiran tentang estetika. Hasil kajian ini juga mendapati mesej pemikiran orang Melayu dalam peribahasa dapat disampaikan melalui penggunaan bahasa tersurat dan tersirat yang telah dapat dirungkaikan menggunakan teori Relevans. Penggunaan bahasa dalam peribahasa menonjolkan aspek kreativiti dan ketinggian pemikiran bangsa Melayu. Selanjutnya daripada 5359 peribahasa Melayu yang dikaji, didapati tema sosiobudaya ...
Titel: |
Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu dari sudut pragmatik
|
---|---|
Autor/in / Beteiligte Person: | Mat Hassan, Ahmad Fuad |
Link: | |
Quelle: | Mat Hassan, Ahmad Fuad (2010) Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu dari sudut pragmatik. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.; (2010) |
Veröffentlichung: | 2010 |
Medientyp: | Hochschulschrift |
Schlagwort: |
|
Sonstiges: |
|